Mengenai Kami

Mymart2u.Com adalah satu platform perniagaan di atas talian di bawah syarikat MyTranspro IT Services (Mytranspro). Pusat perniagaan kami terletak di Tadisma Business Center, Seksyen 13 Shah Alam. Mytranspro adalah syarikat yang menjalankan perniagaan perkhidmatan yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Kami telah membangunkan pelbagai jenis laman web dan sistem online yang berbeza spesifikasinya antara satu sama lain mengikut keperluan pelanggan kami yang datang dari pelbagai sektor.

Mymart2u.com ini dibangunkan secara berperingkat. Peringkat awal ini kami memastikan jualan online boleh dijalankan secara sempurna dari segi sistemnya dan dokumentasinya, Supaya setiap transaksi mempunyai rekod baik dipihak kami dan juga dipihak pelanggan.  InsyaAllah dari semasa ke semasa kami akan tingkatkan lagi fungsi web ini supaya lebih mesra pengguna. Kami sebagai syarikat yang biasa dengan pembangunan laman web ini akan cuba meningkatkan keupayaan laman web ini dengan teknologi dan sistem keselamatan online  yang terkini.

Melalui Mymart2u.com ini. kami mengalu-alukan usahawan yang lain yang tiada lagi platform online untuk memasarkan produk mereka, bekerjasama dengan kami dengan memasukkan produk mereka ke dalam laman web ini. Tiada caj penyertaan dikenakan. Kami hanya mengambil komisen atas jualan mengikut nisbah yang akan dipersetujui. Sila hubungi kami untuk penerangan lanjut.

Kami berharap dengan wujudnya website ini, akan merancakkan lagi perniagaan di atas talian ini  secara selamat dan bersistem. Dan seterusnya dapat memberikan peluang menjana pendapatan kepada usahawan-usahawan yang lain.